Pages

Selasa, 5 November 2019

PAKEJ HOUSEBOAT KE ROYAL BELUM

TRIP SANTAI PEMANCING TEGAR...GRUP TNB DAN SIME DARBY SELANGOR


Best dapat menikmati keindahan alam semulajadi 130 juta tahun yang dikelilingi air tasik berwarna hijau.

Berdasarkan sejarah, tasik yang mengelilingi sekitar hutan Belum dan Temengor pada awalnya adalah perkampungan orang Melayu dan Orang Asli.


Mungkin tidak ramai menyedari tasik yang diwujudkan untuk projek Empangan Temengor pada tahun 70-an ni, menyimpan khazanah alam amat berharga buat negara. Ini kerana, di sinilah 'pintu masuk' Taman Negeri Royal Belum yang menjadi antara permata hati negeri Perak yang kaya dengan kepelbagaian biodiversiti.



Dianggarkan, Royal Belum memiliki lebih 3,000 spesies flora selain 64 spesies paku-pakis, 62 spesies tumbuhan berlumut dan 23 jenis ikan sungai yang menjadikan kawasan hutan termasuk sungai serta tasik sebagai habitat.


Dikenal pasti sebagai Kawasan Alam Sekitar Sensitif di bawah Pelan Fizikal Malaysia 2005 kerana menjadi tempat perlindungan gajah, harimau belang, badak sumbu dan tapir.
Belum, belum, beluuuummm! Merupakan bunyi yang dihasilkan oleh belalang besar yang menghuni hutan ini. Oleh itu, hutan ini telah diberi nama Belum.



Kat sini peralatan memasak semuanya dah disediakan sekali dengan tukang masak. Periuk, dapur, pinggan, pisau cakap je apa, semua ada. Kiranya pakej houseboat bersama fendiroyalbelum ni dah lengkap semuanya. 

Memang sesuai sangat untuk pemancing tegar berkumpul dan memancing sambil santai-santai dengan kawan-kawan.


Siap organizer ,en fendi ...(berbaju merah) dapat
t-shirt  lagi dari grup kali ni....servis best katanya.

Nak cari pakej houseboat yang berbaloi...carilah Pakej trip daripada fendiroyalbelum,pasti balik tersenyum puasss‼️‼️‼️‼️‼️

www.wasap.my/60134214521/tripfendiroyalbelum

#fendiroyalbelum
#pakejhouseboatmurah
#HouseboatBandingMurah
#TripHouseboatMurah


Tiada ulasan:

Catat Ulasan